AMALAN BERGOTONG-ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN , MENGERATKAN HUBUNGAN
SILATURRAHIM DIKALANGAN KAUM.
ISI KANDUNGANKonsep gotong-royong merupakan satu konsep yang dianggap unsur terpenting dalam kebudayaan masyarakat kita sejak dahulu. Semua pihak memahami kepentingan amalan ini diamalkan terutama ketika kegawatan ekonomi melanda sesebuah negara itu. Amalan yang sudah begitu lama tertanam dalam naluri masyarakat kita mula dilupakan terutama oleh kalangan remaja kita. Maka, apakah kebaikan-kebaikan yang terjelma menerusi amalan murni ini?Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan urbanisasiDalam kehidupan sekarang yang semuanya berkait dengan kewangan sudah pasti amalan gotong-royong ini mampu menjimatkan kos dan tenaga ketika menjalankan sesuatu majlis itu. Bayangkan majlis perkahwinan yang diadakan oleh satu kawasan kejiranan boleh menjimatkan kos kepada pasangan pengantin kerana semua pihak memberikan bantuan yang boleh mengurangkan belanja mereka. Pada masa yang sama juga bantuan tenaga manusia turut dihulurkan yang menjadikan suasana perkahwinan lebih meriah dan diingati selalu. Maka, konsep kerjasama mampu menjadikan kos sesuatu majlis itu lebih rendah daripada kebiasaannya.
Mengikut
Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama.
Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang
dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong
ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa
kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Sejak
dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan
sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas
kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu
nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara
pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di
Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna
untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa
gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat
bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun
rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen.
Gotong-royong merapatkan ahli
masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah
malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu
dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan
dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang
sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti
penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan
penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.Bak kata pepatah Melayu; “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing”.
Demikian juga tentang kerja
gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar
buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika
dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah
menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu
jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya
untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan
umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga
telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu
perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka
akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang
mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan
kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak
sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga
untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup
bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
Setelah
puluhan berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat.
Masyarakat masa kini dampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka
cukup menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling
mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka
mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam
kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat
moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya.
Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka
tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.
Ketidakfungsian badan-badan kerajaan
dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan
kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan
menguntukkan beberapa juta ringgit untuk pembangunan masyarakat dan malangnya,
perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi kerajaan
yang ke arah ini kurang mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara
yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat. Nasib yang sama turut
menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40 000 buah. Mereka dipercayai hanya
bertindak seperti “melepaskan batuk di tangga”. Mereka tidak gemar turun
padang, berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong
menyelesaikan masalah mereka. Ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “batu
loncatan” oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.
Situasi seperti ini sesungguhnya amat
memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari
penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan
murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus
lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan
bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai
dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan
sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua
para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti
kesekolahan seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah
Cemerlang. Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak
sebagai penasihat.
Melalui kerjasama, setiap insan itu
akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi
diri secara yang lebih meyakinkan.badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus
bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat
gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan
berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang
berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka
turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya,
sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya
bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai
untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarela ini patut diberi pujian. Tidak
terkecuali, syarikat-syarikat swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab sosial
mereka dengan membantu masyarakat umum mengatasi masalah mereka. Walaupun
sehingga kini peranan syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih
samar-samar, namun fungsi sosial mereka akan lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini dan
isentif kerajaan.
Dalam meniti
kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik
marcapada ini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini
merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini
dianggap tak basah dek hujan, tak lekang
dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan
bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya
generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah
keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini
melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang
tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus
daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk
membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali
faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.
Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat
tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi
sekadar indah khabar daripada rupa.
Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji
oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat
memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih
mendalam.
Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan
tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan
menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa
menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri
dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa,
sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan
bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan
bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata
peribahasa, bersatu kita teguh bercerai
kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum
kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain
itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti
kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada
menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan
menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, “mencegah
lebih baik daripada mengubati”. Secara peribadi, saya berpendapat
bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana
meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai
aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan
pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya
untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita
mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian,
amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini
juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal .
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh
orang tak kata! Kegiatan
bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan .
Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan
Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke
setahun kerana rambut sama hitam, hati
lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat
menghapuskan sikap masyarakat yangseperti enau
di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang
yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita
dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang
kerbau menguak. Melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih
dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan
ini, kita akan hidup saling membantu bagai
aur dengan tebing .
Melalui
kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita.
Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4
pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri.
Fenomena ini sama seperti sambil menyelam
,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong
pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan
mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh
masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebabbulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat
menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali
jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan
terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas
akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua
orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh
diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat
menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan,
dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang
akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita
menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu
ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat
membawa berkat
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja
yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita
lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara
gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan
itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak
dan mendirikan khemah.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat
menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang
lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong
dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita
lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan
tenaga.
Amalan
gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah
keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai
contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita
tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita
juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat
secara gotong-royong.
Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama
secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman
berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut
dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan
muda yang mengetahui maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
Menyedari
akan hakikat budaya tersebut makin dilupakan dari hari ke sehari, YAB Dato’
Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menilhamkan
Program My Beautiful Malaysia di
bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (National
Blue Ocean Strategy 8). Program My
Beautiful Malaysiamelibatkan 1juta sukarelawan yang dijadikan satu
pelantar dan titik permulaan untuk menyatu dan menggerakkan seluruh tenaga
belia yang lebih prihatin dan ikhlas melalui aktiviti gotong-royong secara
sukarela dalam usaha mengindahkan dan membersihkan kawasan yang tidak
terpelihara seperti pusat pelancongan, kawasan perumahan, taman rekreasi dan
sebagainya.
7
Aktiviti
gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat
kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan
meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali
dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan
bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.Bergotong royong juga boleh
memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan
amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong
royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang
pelbagai penyakit seperti aedes.
Kegiatan
ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita
dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut.
Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja
dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu
generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk
mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat
penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara
nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah
bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong
juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.
Aktiviti
gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting
di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan
Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau
secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan
rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Sebagai kesimpulan, aktiviti
gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini
bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada pendapat kami,
pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang
diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti
gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah
memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam
kehidupan seharian. Amalan bergotong-royong
membawa faedah yang banyak . Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi
sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Bak kata
pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup
wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap
orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar
amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan
PENUTUP
Akhir
sekali, jika amalan ini diamalkan dalam masyarakat sudah pasti tahap perpaduan
akan meningkat dengan begitu ketara kerana semua ahli dalam sesebuah masyarakat
itu saling kenal mengenali antara mereka. Kekerapan mereka berjumpa ketika
melakukan sesuatu aktiviti menyebabkan mereka saling memahami akan kerenah
masing-masing yang mengukuhkan perpaduan antara mereka dalam jangka masa
panjang. Jelaslah, amalan yang sudah lama diamalkan ini berupaya untuk
menghidupkan semua semangat perpaduan antara kaum di negara ini yang mula
dilupakan oleh penduduknya.
Kalau tahap perpaduan
begitu tinggi sudah pasti keamanan negara akan berkekalan kerana semua ahlinya
memahami satu sama lain dengan mendalam. Keamanan negara yang stabil ini amat
penting untuk memudahkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan tanpa adanya
sebarang gangguan yang menguggat kelancaran projek tersebut. Semua pihak akan
menerima kesan positif daripada keamanan yang wujud ini terutama perkembangan
bidang ekonomi yang pastinya amat memerlukan keamanan yang sejati.
Sesungguhnya, amalan gotong-royong menjadikan negara ini aman dan membolehkan
semua pihak menikmati kemakmuran ekonominya.
Kesimpulannya, amalan
yang murni ini harus digalakkan terutama dalam kalangan remaja yang semakin
hari semakin melupakannya. Sikap mengutamakan diri dan kebendaan telah
mengaburi remaja akan pentingnya amalan ini dihidupkan semula dengan segera.
Konsep individualistik yang begitu kuat diamalkan di negara barat dan kini
melimpah ke negara kita harus dikaji dengan teliti supaya konsep ini tidak
mengikis amalan bergotong-royong ini. Hidup dalam masyarakat lebih bermakna
daripada hidup bersendirian.
RUJUKAN
LAMPIRAN
l